GAMBAR RAJAH 18.3c BOLA SEMENTARA DIMAINKAN DI TEMPAT LEBIH DEKAT DARI LUBANG DIBANDINGKAN DENGAN TEMPAT ANGGARAN BOLA ASAL
- Bola asal pemain yang dimainkan dari kawasan ti mungkin hilang dalam semak. Pemain mengumumkan dan bermain bola sementara, dan bola tersebut menetap di titik A.
- Oleh kerana titik A lebih jauh daripada lubang dibandingkan dengan tempat anggaran bola asal, pemain boleh bermain bola sementara dari titik A tanpa hilang status sebagai bola sementara.
- Pemain bermain bola sementara dari titik A ke titik B.
- Oleh kerana titik B lebih dekat dengan lubang daripada tempat bola asal dianggarkan berada, jika pemain bermain bola sementara dari titik B, bola sementara menjadi bola dalam permainan di bawah penalti pukulan dan jarak.