GAMBAR RAJAH #2 17.1d: PELEPASAN BOLA DALAM KAWASAN PENALTI MERAH
Apabila diketahui atau kelihatan pasti bola berada dalam kawasan penalti merah dan pemain ingin mengambil pelepasan, pemain mempunyai tiga pilihan, setiap satu dengan satu pukulan penalti. Pemain boleh:
- Mengambil pelepasan pukulan dan jarak dengan bermain bola dari kawasan pelepasan berdasarkan pada tempat pukulan sebelumnya dilakukan.
- Mengambil pelepasan sepanjang atas garisan belakang dengan menjatuhkan bola di luar kawasan penalti tersebut, mengambil titik X berada diantara lubang dan tempat bola tersebut dijatuhkan.
- Mengambil pelepasan lateral (kawasan penalti merah sahaja). Titik rujukan untuk mengambil pelepasan lateral ialah titik X, dan bola mesti dijatuhkan dan dimainkan dari dalam kawasan pelepasan dua panjang klab, tidak lebih dekat dari lubang dibandingkan dengan titik X.